Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


 
HomeHome  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Cadangan Artikel Untuk Dipaparkan di Blog Masjid Al-Ehsaniah

Go down 
2 posters
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 11
Join date : 17/11/2010
Location : Rawang

Cadangan Artikel Untuk Dipaparkan di Blog Masjid Al-Ehsaniah Empty
PostSubject: Cadangan Artikel Untuk Dipaparkan di Blog Masjid Al-Ehsaniah   Cadangan Artikel Untuk Dipaparkan di Blog Masjid Al-Ehsaniah Icon_minitimeSat Nov 20, 2010 5:19 pm

Hantarkan cadangan artikel anda di sini. Pihak pengurusan akan menilai terlebih dahulu isi kandungan artikel sebelum dipaparkan. Pihak pengurusan juga berhak untuk tidak memaparkan artikel anda sekiranya didapati tidak sesuai untuk dipaparkan. Anda juga dibenarkan untuk memberi cadangan artikel daripada sumber lain contohnya website/blog/buku dan lain-lain.

Cara-cara :

1- Reply post ini.
2- Masukkan cadangan artikel anda beserta dengan tajuk dan kategori yang bersesuaian dengan artikel tersebut.

Contoh :

Tajuk Cadangan Artikel : Di mana akan ku cari ganti
Kategori : Sejarah
Artikel : Masukkan artikel anda di sini

Nama : Anda

Exclamation Perhatian : Sekiranya artikel tersebut daripada sumber lain seperti website/blog, cukup sekadar anda memberikan pautannya sahaja. Sekiranya sumber daripada buku, anda hendaklah memberikan tajuk dan nama penulis buku tersebut.

Sekian, harap maklum.

"Sharing Is Caring" Very Happy
Back to top Go down
http://al-ehsaniah.blogspot.com
arjunasetia




Posts : 8
Join date : 19/11/2010

Cadangan Artikel Untuk Dipaparkan di Blog Masjid Al-Ehsaniah Empty
PostSubject: Memahami Musibah Dari Persepsi Positif   Cadangan Artikel Untuk Dipaparkan di Blog Masjid Al-Ehsaniah Icon_minitimeSat Nov 20, 2010 7:02 pm

KATEGORI: MOTIVASI
oleh: arjunasetia


Hidup kita dimuka bumi ini sering dilanda ujian, dugaan dan musibah. Selalu kita dengar nasihat dari teman-teman dan sesiapa jua yang menggalakkan kita bersabar, seperti ungkapan ini:

Bersabarlah, ini ujian dari Allah, ada hikmah disebaliknya....."

Bagaimanakah biasanya penerimaan kita tatkala mendengar ungkapan ini? Apakah reaksi atau pun respon dari diri kita sendiri apabila kita ditimpa musibah dan ujian? rata-rata masyarakat sekarang, samada yang memberikan nasihat, atau yang menerima nasihat, tidak memahami konsep ungkapan tersebut dari persepsi yang positif. Malah ada yang memandang negatif atau pun meluat, apabila dinasihati supaya bersabar dengan musibah yang melanda. Secara tak langsung, kita sebenarnya menyalahkan takdir ataupun lebih tepat lagi telah bersangka buruk dengan Allah.

Hikmah apa? apa hikmahnya? Nak bersabar macamana lagi? Aku dah tak ada kesabaran lagi dalam diri aku ini!! Kenapa aku ditakdirkan untuk melalui perkara ini? Aku tak sanggup untuk menderita lagi......dan seterusnya

Maksud hadis Qudsi:
Aku akan bersama (mengikutkan) sangkaan hambaKu padaKu, maka hendaklah dia berprasangka
dengan apa yang dia inginkan.


( penulis: bukan dengan yang ia risaukan atau khuatirkan)
Riwayat At-Thabrani dan AlHakim.

Mengapakah Allah amat melarang kita dari bersangka buruk (negative thinking) padaNya dalam apa keadaan sekalipun? Walaupun sedang ditimpa musibah?

APAKAH ITU MUSIBAH

Musibah berasal dari kata ashaaba, yushiibu, mushiibatan yang bererti segala yang menimpa pada sesuatu perkara berupa baik kesenangan maupun kesusahan.

Namun, umumnya dipahami musibah selalu di identitikan sebagai kesusahan. Padahal, kesenangan yang dirasakan nya pada hakikatnya musibah juga. Dengan musibah, Allah hendak menguji sesiapa yang baik amalnya.

Kami membuatkan segala yang di bumi untuk perhiasan baginya, dan supaya Kami menguji siapa antara mereka yang paling baik dalam amalan.
(Al-Kahfi: 7)

Ada tiga golongan manusia dalam menghadapi musibah

a. Pertama adalah golongan yang menganggap bahawa musibah adalah sebagai hukuman dan azab kepada nya. Sehingga, dia selalu merasa sempit dada dan selalu mengeluh.

b. Kedua, golongan yang menilai bahawa musibah adalah penghapus dosa dan ia tidak pernah menyerahkan apa apa hal yang menimpanya kecuali kepada Allah.

c. Ketiga, golongan yang meyakini bahawa musibah adalah ladang peningkatan iman dan takwa. Golongan yang seperti ini selalu tenang serta percaya bahawa musibah itu, Allah menghendaki pada kebaikan bagi dirinya.

Dalam Hukum Tarikan, kita telah mempelajari bahawa fikiran negatif akan menarik tenaga ber frekuensi negatif kepada kita, dengan bentuk cetusan minda yang kita pancarkan tadi. Firman Allah dalam Hadis Qudsi tadi telah membuktikan Hukum ini. Tetapi bagaimanakah untuk tetap bersangka baik walaupun kita sedang mengalami satu situasi yang kita rasakan amat sulit untuk kita bersabar dan bersangkabaik?

Disini, amat penting untuk kita memahami dari persepsi positif tentang sesuatu musibah yang melanda. Kita ambil contoh:

Senario pertama

Seorang lelaki yang mengalami sakit pada dadanya. Dia kemudiannya datang berjumpa doktor untuk meminta rawatan dan pertolongan. Setelah diperiksa, maka dia disahkan mengalami kerosakan pada jantung dan perlu dibedah. Ketika dibedah, doktor akan melakukan perkara-perkara yang kita nampak seperti kejam contohnya, membelah dada pesakit, darah yang memercik keluar, dan segalanya yang amat mengerikan. Tetapi mengapa kita membenarkan perkara ini berlaku tanpa ada rasa marah pada doktor itu? Mengapa kita boleh bersabar menunggu hingga pembedahan selesai, sehingga luka-luka tersebut sembuh, dan akhirnya jantung pesakit itu berjaya diubati, malah pesakit itu berterimakasih pada doktor tersebut. Ini adalah kerana kita faham, bahawa doktor tersebut bukan berlaku kejam atau sengaja hendak menyeksa pesakit tersebut. Sebaliknya doktor itu bertujuan untuk merawat dan menolong pesakit itu, tetapi terpaksa melalui proses pembedahan yang menyakitkan.

Senario kedua

Kereta anda telah cukup tempoh untuk digantikan timing belt. Anda ke bengkel kereta untuk menggantikan timing belt yang baru. Mekanik akan membuka dan membawa turun ejin kereta anda dan ketika ini kereta anda yang amat anda sayangi kelihatan tak ubah seperti humpunan besi buruk yang berselerak, ketika mekanik sedang melakukan proses memasang timing belt itu. Tetapi anda tidak merasa marah atau runsing kerana anda tahu, selepas segalanya selesai, kereta anda akan kembali seperti keadaan asal. Anda juga sanggup menunggu kereta anda disiapkan dengan sabar. Semua ini adalah kerana anda memahami apa yang berlaku.


Cuba kita renungkan sejenak, dalam kehidupan kita , kebanyakan perkara atau benda yang ingin kita menambahbaik (upgrade) atau ingin dibaiki, pasti akan melalui proses yang membabitkan keadaan tidak selesa/berselerak/bersepah atau buruk, ketika proses upgrade tadi dijalankan. Tak kira apa jua senarionya, seperti membetulkan sistem paip didalam rumah, membaikpulih jam tangan, rumah, komputer dan sebagainya.Tetapi apa yang kita tahu, sebaik sahaja proses membaikpulih ini selesai, segalanya akan menjadi lebih baik dan lebih produktif. Seperti komputer yang telah diupgradekan, ditukar rem dan lain-lain, ianya akan berfungsi lebih laju dan efisien.

Maka begitu jugalah dengan sesuatu musibah yang melanda diri kita. Bukankan kita semua selalu mendengar dan bersetuju dengan ayat dibawah ini:

Maksud Ayat:

“apa jua kebaikan (Nikmat kesenangan) Yang Engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana Yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.

(An Nisa' : 79)

Benar! Allah hanya memberikan yang terbaik sahaja pada semua hamba-hambaNya. Maka cubalah kita ubah pandangan kita terhadap apa jua musibah yang melanda diri kita kepada 'proses pembaikan/perawatan' dari Allah supaya diri manusia itu bersedia untuk menerima kebaikan yang ingin diberikan Allah pada manusia itu, kerana, mungkin sekiranya tanpa melalui suatu proses pembaikan/perawatan hamba tersebut tidak dapat/tidak bersedia untuk menerima pemberian yang ingin diberikan kepadanya.. Maka kerana itulah, kita selalu mendengar ungkapan :

Apabila Allah ingin memberikan kebaikan pada hamba-hambanya, Dia akan mulakan dengan musibah.

Maka sekarang kita lebih nampak dan faham apakah sebenarnya musibah itu, dan faham apakah yang dimaksudkan dengan 'ada hikmah disebaliknya'.

Sebenarnya, apabila dilanda musibah, kita perlu memahami/ beranggapan bahawa apa yang kita doakan telah dimakbulkan Allah maka kerana itulah, proses pembaikan/rawatan ini melanda kita, kerana sesuatu yang kita doakan/hajatkan selama ini telah dimakbulkan. Bukan sahaja dalam kes penyakit, musibah boleh juga dalam bentuk kegawatan ekonomi, masalah rumahtangga, masalah anak-anak, kerjaya dan sebagainya. Selidikilah dan renung-renungkanlah, apakah yang kita pernah doakan dan apakah sebenarnya sedang kita lalui dalam apa jua masalah hidup yang melanda kita.

Seperti diterangkan pula dalam hadis sahabat Abu Hurairah bahwa Nabi S.A.W bersabda, “Tiada apapun yang menimpa seorang Mukmin berupa bencana dan menderita kesusahan, kecuali semua itu menjadi sebab untuk menghilangkan dosa dosanya.” (HR Bukhori dan Muslim).

Sahabat Ibnu Mas’ud juga meriwayatkan dari hadis lain, ia menyebut, Bahwasanya tiada seorang muslim pun yang tertimpa kerusakan dan penyakit, atau bencana yang lebih ringan lagi, kecuali Allah Ta’ala akan menggugurkan dosa dosanya, bagaikan gugurnya daun dari dahan pohon.”

Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah ra. meriwayatkan pula sabda junjungan Rasulullah S.A.W:
“Barangsiapa diuji dengan beberapa kesulitan, dan ia dapat mengatasi kesulitan itu dengan ketabahan dan menerimanya dengan ikhlas, tertulis baginya di sisi Allah dengan derajat yang mulia dan dihapus dosa dosanya.”

Seseorang muslim tidak boleh mengira dan berprasangka bahwa Allah tidak memperhatikan lagi dirinya. Ini adalah Su'uldzon dan pandangan yang negatif dan dangkal. Seorang muslim memandang Allah tidak semata mata dari segi pemberian Allah yang jelas dan dirasakan dari sisi material semata-mata, akan tetapi ia harus melihat pemberian Allah dari sisi yang lain yang tidak dapat dilihat dan dinyatakan dengan mata kepala.

Seseorang hamba hendaklah dapat merasakan pemberian Allah sebagai anugerah, maka ia pun harus dapat merasakan ujian dari Allah itu juga suatu anugerah kasih sayang dari Allah. Hikmahnya seorang hamba dalam keadaan kesusahan, atau sedang tertimpa bencana, ia akan bertambah dekat kepada Allah. Dengan dekatnya hamba kepadaNya, maka akan berlimpahlah kasih sayang kepada hamba itu. Itulah anugerah yang tak ada taranya. Orang yang keimanannya tebal, akan menerima setiap bencana, selain sebagai ujian atas keimanan, termasuk Allah menunjukkan kasih sayang dan rahmat-Nya kepada si hamba, sebagai bukti Allah adalah Robbun (pengasuh, pendidik) bagi alam semesta dan seluruh makhlukNya.

Nabi Muhammad S.A.W dalam hal ini bersabda, “Allah menguji seorang hamba dengan bencana. Apabila si hamba sabar menerima, maka ia termasuk pilihan. Apabila ia redha menerima, maka ia termasuk orang istimewa.”

Antara tindakan yang boleh kita lakukan setiap kali merasakan kita dilanda musibah.

1. Kita diajarkan untuk mengucapkan kalimah: Innalillahiwainnailaihirrojiuun

...dari Allah ia datang, kepada Allah ia kembali....Ucapkanlah, dan berdoalah semoga musibah itu sebentar sahaja dan berdoa memohon kekuatan dalam menghadapinya. Ini diajarkan sendiri oleh Allah kepada kita. Mengapa kita tidak mahu mengamalkannya? Sama seperti amalan membaca Bismillah sebelum makan.

2. Rasulullah S.A.W bersabda : Bersalawatlah padaku dipermulaan musibah itu adalah sangat baik sekira kamu mengetahui.

Rasulullah menyarankan supaya bersalawat padanya ketika saat permulaan mengalami apajua musibah/ masalah. Bersalawat keatas Nabi adalah bermaksud mendoakan kesejahteraan Nabi seperti yang paling ringkas : Allahumma solli ala saidina Muhammad

Mengapakah mendoakan kesejahteraan Nabi, sedangkan yang dilanda masalah adalah diri kita? Ramai yang tidak menyedari akan khasiat daripada mendoakan Nabi S.A.W.
Sabda Nabi S.A.W : Sesiapa yang bersalawat kepada ku (mendoakan kesejahteraanku) sekali
(1 kali), maka Allah akan memberikan kesejahteraaan kepada sesiapa yang bersalawat tadi sebanyak sepuluh (10) kali. Lihatlah betapa besarnya fadhilat bersalawat ini. Nabi S.A.W adalah kekasih Allah. diturunkan kebumi ini sebagai rahmatallilalamin (rahmat buat sekalian alam). Maka mendoakan untuk orang sangat dikasihi Allah, Allah akan membalas sepuluh kali ganda pada orang berdoa tadi.
Maka selalulah kita bersalawat dengan ikhlas, tak kira diwaktu senang atau pun susah. Tak perlu tunggu hingga menerima musibah untuk bersalawat.

3. Bersangka baik dengan Allah (Husnuzzon/Positive Thinking) kepada Allah. Kenalilah Allah yang kita sembah itu dengan persepsi yang betul dan benar dengan mempelajari dan menghayati sifat-sifatNya yang telah diajarkan kepada manusia. Juga dari 99 nama Allah, kita dapat belajar sifat Allah. Sekiranya kita melihat seorang gadis yang cantik rupawan, acapkali kita terpanggil untuk melihat gadis itu sekali lagi, kerana apa? kita terpegun dengan kejelitaan wajah gadis itu. Maka cuba kita fahami bahawa Yang Menciptakan gadis tersebut tentulah lebih Indah, lebih cantik, sepertimana yang diriwayat bahawa didalam syurga kelak, apabila Allah membuka hijabNya kepada manusia, para ahli syurga akan terpegun dan ternganga melihat Kecantikan/Keindahan Allah hingga tidak berkata apa-apa selama 40 tahun.

Ini baru sifatNya yang Maha Indah dan Maha Sempurna. Bagaimana dengan sifat-sifatNya yang lain seperti Maha Pengasih, Maha Penyayang?

Allah memberitahu kita, Dia amat menyayangi hamba-hambaNya melebihi seorang ibu yang sedang menyusukan anaknya. Bolehkah kita fahami betapa besarnya kasih sayang yang sebegini rupa? Maka wajarkah kita mengatakan Allah itu tidak adil? Pilih kasih? Kejam dan sebagainya yang hanya merupakan sangkaan buruk yang tidak benar?

Ubahlah persepsi kita pada Allah mulai sekarang, semoga Allah memberikan hidayah dan rahmatNya pada kita semua, semoga kita semua sentiasa dilindungiNya dari persepsi yang salah dan memudaratkan diri kita sendiri.

Artikel asal susunan: taalidi

Pautan dari:

http://husnuzzonloa.blogspot.com/2010/04/memahami-musibah-dari-persepsi-positif.html
Back to top Go down
arjunasetia




Posts : 8
Join date : 19/11/2010

Cadangan Artikel Untuk Dipaparkan di Blog Masjid Al-Ehsaniah Empty
PostSubject: Atas nama cinta   Cadangan Artikel Untuk Dipaparkan di Blog Masjid Al-Ehsaniah Icon_minitimeWed Nov 24, 2010 1:58 am

TAJUK: ATAS NAMA CINTA
KATEGORI: Inspirasi
oleh: arjunasetia

PROLOG


Hidupku kini amat bahagia, aku amat bersyukur ke hadrat Allah yang memberikan kebahagiaan yang tiada taranya ini, hidup dikelilingi kasih sayang, cinta, kesenangan yang berkekalan....

Ditambah dengan kehadiranmu, aku tahu, kau amat menyintai diriku, dan saban hari pasti aku akan mendengar kata-katamu ini yang tak pernah jemu kau ucapkan:

*Demi ALLAH, tidak ada sesuatu yang lebih indah dari awak disini...
"Demi ALLAH tidak ada sesuatu yang lebih aku cintai disini selain daripada awak...."

KISAHNYA
Aku masih ingat detik pertama pertemuanku dengannya..

ketika itu aku sedang berjalan di sebuah dataran pesisiran pantai yang amat indah dan tak pernah kujejaki sebelum ini. Aku sendiri bagai lupa jalan pulang. Aku meneruskan langkah dengan harapan bertemu sesiapa yang boleh menunjukkan arah supaya aku dapat pulang ke destinasi asalku.

Tiba-tiba aku terlihat kelibat seorang wanita dari kejauhan. Aku mempercepatkan langkah menuju kearah wanita itu. Dan aku semakin hampir padanya.

Semakin aku mendekatinya, aroma yang amat harum dan mengasyikkan menerpa hidungku. Wanita itu berdiri merenung ke arah laut dan tidak memperdulikan kedatanganku. Selindang putih mentupi bahagian kepalanya berbuai-buai ditiup angin pantai.

" cik..boleh saya tumpang bertanya..."

Dia pun menoleh ke arahku...

MasyaAllah!...alangkah jelitanya wanita ini..tidak pernah kulihat kecantikan yang sebegini rupa! Aku terlopong dan terleka seketika melihat kecantikan wajahnya.Hatiku menjadi terus terpaut padanya. Aku jadi lupa untuk bertanya arah, kerana hanya yang terkeluar dari mulutku adalah:

"siapakah awak ni cik? sudikah menjadi isteri saya?"

Dia terus menjawab dengan selamba:
"Saya Ainul Mardhiah, kalau inginkan saya, masuklah meminang.."

Dengan pantas aku bertanya kembali:
" Betul ke ni?..bagaimana caranya?

Dia menjawab : "Pinanglah aku daripada TUHANku dan berilah mas kahwinnya."

Aku menjadi keliru seketika, dan bertanya lagi: berapa harga maskahwin tu?

" Solat Tahajjud yang istiqamah...akulah bidadari syurga"
seketika itu juga aku terjaga dari tidurku.....

Demikian kisah yang diceritakan oleh bapa Thabit al-Bunani, seorang ulama tabiin di Basrah, dalam kitab al-Tazkirah oleh Imam al-Qurtubi.


EPILOG

Apabila kita renungkan berbagai-bagai nas yang menceritakan tentang bidadari syurga ini, kita akan dapati bahawa mereka ialah makhluk yang terlalu sempurna untuk dijangkau imaginasi manusia yang terbatas. Kecantikan, kejernihan, kelembutan, dan kewangian tubuh mereka mengatasi wanita mana pun di muka bumi ini.

ALLAH menyebut mereka dengan panggilan hurul ain, iaitu wanita yang berkulit putih dan bermata lebar dengan bola mata yang sangat hitam bak mata rusa yang sangat cantik. Begitu indah dan jernihnya tubuh mereka, sehingga seakan-akan mereka itu ialah permata yakut dan marjan. (Ar-Rahman : 58)

Dalam hadith al-Bukhari daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,

"Andai seorang wanita syurga menampilkan diri kepada penduduk dunia, nescaya teranglah apa yang ada di antara timur dan barat, penuhlah apa yang ada di antara kedua-duanya dengan wangian. Tudung yang menutup kepalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."



WANITA-WANITA MUKMINAT LEBIH CANTIK DARIPADA BIDADARI SYURGA!

Secantik apa pun bidadari-bidadari ini, namun wanita-wanita mukminat jauh lebih cantik daripada mereka, iaitu orang-orang yang membasuh mukanya setiap hari dengan air wudhuk, melaksanakan solat, dna taat akan suaminya demi mencapai keredhaan ALLAH swt.

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (Al-Waqiah : 35-36)

Menurut beberapa orang ahli tafsir, antara lain Abu al-Hasan al-Mawardi, ayat ini berbicara tentang wanita-wanita mukminat di dunia. ALLAH mengembalikan mereka menjadi gadis-gadis muda meskipun sebelumnya telah menjadi nenek tua yang lemah. Mereka akan dibangkitkan kembali sebagai wanita yang sangat cantik lalu dipersatukan kembali dengan suami-suami mereka di dunia.

Apa yang dikisahkan didalam PROLOG diatas pula adalah sebuah hadis dari Ibn Abbas, 'uruban ertinya bidadari ini sangat merindui dan mencintai suami-suami mereka. Mereka sering berkata, "Demi ALLAH, tidak ada di dalam syurga ini, sesuatu yang lebih indah daripada engkau. Demi ALLAH tidak ada di dalam syurga ini sesuatu yang lebih aku cintai daripada engkau." Demikian sebagaimana dinyatakan dalam hadis panjang riwayat Abu Ya'la daripada Abu Hurairah.

Kerana besarnya cinta seorang bidadari kepada suaminya, mereka seringkali mengintip calon suaminya yang masih di dunia lagi. Mereka marah apabila melihat calon suaminya ini disakiti oleh isteri-isteri mereka di dunia.

At-Timirzi meriwayatkan daripada Muaz bin Jabal sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
"Tidaklah seorang isteri menyakiti suaminya di dunia, melainkan isterinya dalam kalangan bidadari berkata, “Jagalah engkau wahai isteri yang tidak menghormati suami! Dia hanya sementara bersamamu. Tidak lama lagi ia akan segera berpindah kepada kami."


KISAH UMMU DARDA'

Ummu Darda', nama asalnya ialah Hujaimah al-Himyariah. Beliau ialah isteri Abu Darda', seorang sahabat rasulullah saw yang hidup di Syam. Ummu Darda' dan Abu Darda' adalah pasangan bahagia.

Suatu hari, Ummu Darda' berdoa di hadapan suaminya, "Ya ALLAH, sesungguhnya Abu Darda' meminangku di dunia, lalu aku menikahinya. Maka sekarang aku meminangnya kepadaMU untuk menjadi suamiku di syurga."

Mendengar ucapan ini, Abu al-Darda' berkata, "Jika engkau ingin menjadi isteriku di syurga, janganlah menikah lagi setelah aku meninggal dunia."

Ummu al-Darda' seorang wanita yang cantik dan cerdas. Maka setelah Abu Darda' wafat, Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan datang untuk meminangnya. Namun, isteri yang setia dengan cinta pertamanya ini menolak pinangan tersebut.

Kisah Ummu al-Darda' mengingatkan kita bahawa cinta yang terjalin kerana ALLAH dan mengharapkan redha Ilahi tidak akan berakhir dengan kematian. Akan tetapi, akan terus menyala dan hidup kekal di dalam syurga abadi.

diadaptasi dari: Majalah Solusi isu 24 - karya Umar M Noor
Disusun oleh: arjunasetia
Back to top Go down
arjunasetia




Posts : 8
Join date : 19/11/2010

Cadangan Artikel Untuk Dipaparkan di Blog Masjid Al-Ehsaniah Empty
PostSubject: Indahnya Husnuzzon   Cadangan Artikel Untuk Dipaparkan di Blog Masjid Al-Ehsaniah Icon_minitimeThu Nov 25, 2010 5:12 pm

TAJUK : INDAHNYA HUSNUZZON
KATEGORI: TAZKIRAH
Pautan dari: http://husnuzzonloa.blogspot.com/2010/05/indahnya-berhusnuzzon.html

“Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzzon (berbaik sangka).

Oleh kerana itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan peribadi seseorang apalagi seorang muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya apalagi meresponnya secara negatif, Allah berfirman yang ertinya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
(Al-Hujuraat : 6)

Manfaat Berbaik Sangka

Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzzon kepada orang lain.

1. Hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu.

2. Terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas.

3. Selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya. Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak.

Ruginya Berburuk Sangka

Manakala kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

1. Mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya,

Allah berfirman yang ertinya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
(Al-Hujuraat : 12)

2. Dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan oleh Rasulullah : “Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta”

HR. Muttafaqun alaihi

3. Menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dan lain-lain.

Rasulullah bersabda : “Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta.
HR. Bukhari

Larangan Berburuk Sangka

Kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktivis dakwah. Disamping itu, bila ada benih- benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah berburuk sangka.

Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan. Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzhzhan (berbaik sangka).

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.

“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah “

perkongsian dari: norasita
Back to top Go down
arjunasetia




Posts : 8
Join date : 19/11/2010

Cadangan Artikel Untuk Dipaparkan di Blog Masjid Al-Ehsaniah Empty
PostSubject: Keyakinan Yang Selama Ini Terabai?   Cadangan Artikel Untuk Dipaparkan di Blog Masjid Al-Ehsaniah Icon_minitimeSat Dec 11, 2010 7:30 am

Tajuk: Keyakinan Yang Selama Ini Terabai?
Label: Motivasi
Oleh: Arjunasetia


TAHUN : 1967
TEMPAT: TANAH MELAYU


MINGGU PERTAMA
Seorang ibu/balu yang telah terpisah dengan anak kandungnya ketika perang dunia kedua terlalu rindu pada anaknya. Saban malam dia berdoa kepada Allah semoga dipertemukan semula dengan anak kandungnya.

" Ya Allah, temukanlah aku kembali dengan anakku, berilah kesempatan supaya aku menemuinya sebelum aku menutup mata, pelihara dia walau dimana dia berada kini....

Doa yang diikuti dengan tangisan yang amat sedih mengenangkan bagaimanalah nasib anaknya kini.
Begitulah keadaan dirinya setiap malam, menangisi nasib anaknya dalam ratapan tak berpenghujung.

Doa ibu amat mustajab, dan memang benar anaknya dipelihara Allah, hasil dari doa ibu yang bersungguh-sungguh setiap hari. Anaknya dipelihara oleh sebuah keluarga muslim peranakan dan kini sedang melanjutkan pelajaran ke England dalam bidang kedoktoran.

Akan tetapi ibu itu masih jua belum dipertemukan dengan anaknya yang amat dikasihi dan dirinduinya itu...

MINGGU KEDUA

Si ibu yang hanya bekerja mengambil upah menoreh getah mengalami kesempitan wang. Ibu ini juga bertanggung jawab menjaga kedua orang tuanya yang sudah uzur. Ketika itu, sudah tiada apa yang boleh dibuat lauk untuk makan malam itu. Sambil berfikir-fikir diladang getah tempat dia bekerja, Haji Usman Bugis lalu dengan basikal jaguar tuanya.

" Cik Khatun, apa yang menung tu, jauh nampaknya?"..

" hmm..tak ada apalah pak haji, saya tengah risau ni, saya dah tak berduit nak buat beli lauk untuk mak abah kat rumah malam nanti, entahlah, tak tau nak buat macamana, yang ada pucuk ubi ni aja..." sayu ibu itu menjawab pertanyaan Haji Usman Bugis.

"..beginilah Khatun, aku ni pun bukanlah senang sangat, kau tau ajalah, aku ni polis pencen, anak pun ramai, tapi setakat nak bantu kau untuk beli barang dapur buat beberapa hari ini, insyaAllah, ada. Nanti aku suruh si Dollah hantar ke rumah kau lepas asar ni" balas haji Usman sambil terus berlalu.

Ibu itu tidak sempat mengucapkan apa-apa kerana cepatnya Haji Usman berlalu,(mungkin untuk mengelakkan dari fitnah dan lain-lain). Akan tetapi hatinya yang amat runsing dan resah tadi tiba-tiba menjadi lega dan dia mampu tersenyum, kerana masalahnya dirasakan telah dapat diatasi buat beberapa ketika dengan janji Haji Usman tadi.


.........................cerita ini tergantung begini sahaja.......


Apakah tujuan saya berkongsi secebis kisah lampau ini?..

Hanya sekadar ingin mengajak anda semua berfikir akan sesuatu yang mungkin kita abaikan selama ini.

Firman Allah
‘Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya, orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu,akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.’
(Surah Ghafir, Ayat 60)

Allah memudahkan bagi kamu dengan putaran malam dan siang. Dia memberikan kamu setiap perkara yang kamu pohon. Kiranya kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah tidaklah terkira, tetapi manusia itu zalim dan ingkar, tidak berterima kasih.’
(Surah Ibrahim, Ayat 31-34)

Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang di antara engkau semua berdoa, maka hendaklah memantapkan permohonannya - seolah-olah pasti akan makbulkan dan janganlah sekali-kali ia mengucapkan: "Ya Allah, kalau engkau berkehendak (atau Ya Allah, kalau boleh), maka berikanlah apa yang saya mohon kan itu," sebab sesungguhnya Allah itu tidak ada kuasa lain yang memaksaNya - untuk mengabulkan atau menolak sesuatu permohonan."
(Muttafaq 'alaih)

Dalam hadis Riwayat Tarmidzi pula, berbunyi
Nabi S.A.W bersabda, ‘Berdoalah sekalian kamu kepada Allah, padahal kamu yakin diperkenankan dan ketahuilah, bahawasanya Allah Taala tidak memperkenankan doa dari hati orang yang lalai lagi lupa.’



Persoalannya:

1.Mengapakah si ibu masih menangis sedih yang tak berpenghujung setelah berdoa mohon dipertemukan dengan anaknya? Apakah perasaan yang dirasakan oleh ibu setelah berdoa? Sedih? Tetap sedih dan pilu? Bagaimanakah dengan janji-janji Allah bahawa setiap doa pasti dimakbulkannya? Bukankah sepatutnya si ibu wajar berasa lega dan gembira kerana telah berdoa kepada Tuhan yang Maha Benar janjiNya? Merasa gembira bahawa pasti dia akan dapat bertemu dengan anaknya dalam masa terdekat yang sesuai. Mengapa masih melayan rasa sedih? Apakah doa itu hanyalah satu luahan yang kosong tak bermakna? Dustakah Allah dalam firmannya hingga ibu tidak mampu merasakan kelegaan?

2. Mengapakah si ibu mampu tersenyum dan berasa lega serta merta sebaik sahaja Haji Usman Bugis berjanji akan menghantar wang selepas asar nanti? Tidakkah dia terfikir bahawa Haji Usman itu adalah manusia biasa yang mungkin akan sampai ajalnya sebelum sampai kerumah untuk memberi arahan pada si Dollah?

Janji siapa yang lebih confirm? Allah atau Haji Usman Bugis? janji siapa yang sepatutnya kita merasakan kelegaan?...

Mungkinkah inilah sesuatu yang selama ini kita abaikan?..

Iaitu sesuatu yang menurut istilah kuantum fizik ialah ALIGNING atau keutamaan berada didalam frekuensi yang betul dan tepat selepas membuat permintaan (doa)

Seiring dengan itu usaha atau komitmen perlu diatur dan dilakukan dan memastikan kita berada didalam flow atau aliran yang seiring dengan permintaan kita.

contoh: mohon lulus periksa, komitmen: belajar dengan tekun (disertai dengan perasaan optimis)

Didalam konteks kisah diatas, si ibu perlu berusaha dengan apa yang dirasakan mampu, seperti membuat laporan pada pihak berwajib, mengiklankan diakhbar-akhbar, dan lain-lain usaha yang dirasakan sesuai dan termampu, seiring dengan apa yang diminta, disertai dengan perasaan yang optimis. Berdoa, tanpa melakukan apa-apa tindakan bermakna kita tidak memasukkan diri kita didalam flow/ aliran yang sepatutnya. Benar, memang Allah Maha Mengasihani, akan tetapi kita tidak boleh menunggu dan berserah begitu sahaja. Ini bukanlah sikap orang yang beriman.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita menyelaraskan emosi dan fokus kita selari dengan permintaan kita, kerana jika tidak, kita hanya mencetuskan frekuensi BERLAWANAN dengan apa yang kita harapkan.


* KEKUATAN DO’A

Allah S.W.T berfirman,

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ (البقرة: 186)

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.” (Al-Baqarah: 186).

Dan Allah S.W.T berfirman,

ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

“Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.”
(Al-Mukmin: 60).

Diriwayatkan dalam kitab at-Tirmidzi dari Ubadah bin ash-Shamit R.A, bahwa Rasulullah S.A.W bersabda,

مَا عَلَى وَجْهِ اْلأَرْضِ مُسْلِمٌ يَدْعُو اللهَ بِدَعْوَةٍ، إِلاَّ آتَاهُ اللهُ إِيَّاهَا، أَوْ صَرَفَ عَنْهُ مِنَ السُّوْءِ مِثْلَهَا، مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيْعَةِ رَحِمٍ. فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ: إِذًا نُكْثِرُ؟ قَالَ: اللهُ أَكْثَرُ

“Tidaklah seorang Muslim di muka bumi ini yang berdoa kepada Allah dengan sebuah doa melainkan Allah pasti memakbulkan permintaannya, atau Allah menyingkirkan keburukan darinya (sebagai gantinya) dengan sebesar permintaannya (dari segi kualiti dan kuantiti), selama dia tidak berdoa untuk suatu perbuatan dosa atau minta untuk memutuskan silaturrahim’. Maka seorang laki-laki dari suatu kaum berkata, ‘Kalau begitu kami akan memperbanyak (doa)’. Nabi menjawab, ‘Allah (memiliki pemberian) lebih banyak (daripada permintaanmu) ~Abundance~’.”

Takhrij Hadits: Hasan Shahih. Diriwayatkan oleh Ahmad 5/329; at-Tirmidzi, Kitab ad-Da’awat, Bab Fi Intizhar al-Faraj, 5/566, no. 3573; Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya`5/137; al-Baihaqi dalam asy-Syu’ab, no. 1131; al-Baghawi, no. 1387: dari jalur Muhammad bin Yusuf, Ibnu Tsauban menceritakan kepada kami, dari ayahnya, dari Makhul, dari Jubair bin Nufair, dari Ubadah dengan hadits tersebut.
Abu Nu’aim berkata, “Zaid bin Waqid dan Hisyam bin al-Ghaz meriwayatkannya dari Makhul semisalnya”. Saya berkata, “Ath-Thabrani meriwayatkan mutaba’ah ini dalam al-Mu’jam al-Ausath, no. 147, dan juga dalam ad-Du’a`, no. 86 dari jalur Maslamah bin Ali dari keduanya. Maslamah ini adalah seorang yang matruk (ditinggalkan) maka mutaba’ahnya tidak bernilai sedikit pun. Al-Baghawi mengatakan hadits tersebut, “Hadits hasan gharib”. Saya berkata, “Disebabkan oleh Ibnu Tsauban maka di dalamnya terdapat pembicaraan, tapi ia tidak turun dari derajat hasan. At-Tirmidzi berkata, dan kemudian disepakati oleh an-Nawawi dan al-Albani, “Hadits hasan shahih”. Saya berkata, “Hasan shahih dengan syahidnya berikutnya.”
At-Tirmidzi berkata, “Hadits ini hasan shahih.”

Dan diriwayatkan oleh al-Hakim Abu Abdillah dalam al-Mustadrak ‘Ala ash-Shahihain dari riwayat Abu Sa’id al-Khudri, dan dia menambahkan di dalamnya,

أَوْ يَدَّخِرَ لَهُ مِنَ اْلأَجْرِ مِثْلَهَا.

“….atau Dia menyimpankan pahala semisal untuknya.”

Takhrij Hadits: Shahih. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, no. 29161; Ahmad 3/18; Abu Ya’la, no. 1019; al-Hakim 1/493; al-Baihaqi dalam asy-Syu’ab, no. 1128 dan 1130: dari beberapa jalur, dari Ali bin Ali ar-Rifa’i, dari Abu al-Mutawakkil an-Naji, dari Abu Sa’id al-Khudri dengan hadits tersebut.Sanad ini hasan disebabkan oleh ar-Rifa’i, pada dirinya terdapat pembicaraan, tapi haditsnya tidak turun dari derajat hasan. Hadits tersebut telah dimutaba’ah, maka ath-Thabrani telah meriwayatkannya dalam al-Mu’jam ash-Shaghir, no. 1025: dari jalur Sa’id bin Basyir, dari Qatadah, dari Abu al-Mutawakkil. Dan Sa’id adalah seorang yang dhaif, apalagi haditsnya dari Qatadah. Al-Baihaqi meriwayatkannya dalam asy-Syu’ab, no. 1129: dari jalur Sulaiman at-Taimi, dari Abu ash-Shiddiq an-Naji, dari Abu Sa’id. Dan yang zahir bahwa dia tidak terjaga sebagaimana yang dikatakan oleh al-Baihaqi. Akan tetapi hadits tersebut shahih dengan terkumpulnya jalur-jalur ini. Al-Hakim dan al-Albani menshahih-kannya. Al-Mundziri dan al-Haitsami menguatkannya.

Bersabar dan Tenang / Feel good

Diriwayatkan dalam Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim, dari Abu Hurairah R.A, dari Nabi S.A.W, baginda bersabda,

يُسْتَجَابُ لأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ فَيَقُوْلَ: قَدْ دَعَوْتُ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِي.

“Doa akan dimakbulkan untuk setiap dari kamu selagi kamu tidak tergesa-gesa (minta dimakbulkan) yang mana yang berdoa itu bertanya-tanya, ‘Saya telah berdoa, tapi mengapa masih belum dimakbulkan untukku’.” -(Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, Bab Yustajabu li al-’Abdi Ma Lam Ya’jal, 11/140, no. 6340; dan Muslim, Kitab adz-Dzikr, Bab Yustajabu li ad-Da’i Ma Lam Ya’jal, 4/2095, no. 2735.)

* Kekuatan Doa adalah dari Buku “Ensiklopedia Dzikir dan Do’a Al-Imam An-Nawawi Takhrij & Tahqiq: Amir bin Ali Yasin. Diterbitkan oleh: Pustaka Sahifa Jakarta. Oleh: Abu Nabiel)

wallahuaklam


artikel susunan taalidi


(Terdapat beberapa perubahan dilakukan untuk kesesuaian dari pautan asalnya:http://husnuzzonloa.blogspot.com/2010/11/keyakinan-yang-selama-ini-terabai.html)

[b]
Back to top Go down
arjunasetia




Posts : 8
Join date : 19/11/2010

Cadangan Artikel Untuk Dipaparkan di Blog Masjid Al-Ehsaniah Empty
PostSubject: Aku, Lim dan Islam   Cadangan Artikel Untuk Dipaparkan di Blog Masjid Al-Ehsaniah Icon_minitimeWed Dec 29, 2010 2:21 am

Tajuk: Aku, Lim dan Islam
Label: Motivasi atau Dakwah
Oleh: Arjunasetia

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang ku ketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi, aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim Abdullah since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.

Assalamualaikum....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.
Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.



Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...

Memanglah..kenapa kau tanya macam tu?

kalau kau kawan baik aku, kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sori Lim, aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil, aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

Kalau betullah kau kawan baik aku, kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati, aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.

Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiada ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?

Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini, aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru, aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.


Artikel asal susunan : taalidi

pautan dari: http://husnuzzonloa.blogspot.com/2010/04/aku-lim-dan-islam.html
Back to top Go down
arjunasetia




Posts : 8
Join date : 19/11/2010

Cadangan Artikel Untuk Dipaparkan di Blog Masjid Al-Ehsaniah Empty
PostSubject: Kepentingan Menyayangi Diri Sendiri   Cadangan Artikel Untuk Dipaparkan di Blog Masjid Al-Ehsaniah Icon_minitimeSun Feb 13, 2011 4:05 am

Kategori: Motivasi

Untuk menjadikan diri kita seseorang yang sentiasa berfikiran positif, adalah amat penting untuk kita menyedari kepentingan menyayangi diri kita sendiri. Kita perlu menghargai kesudian Allah untuk menciptakan kita sebagai salah seorang manusia yang pernah lahir dimukabumi Allah ini. Tanpa kesudian atau kehendakNya, kita tidak akan hadir dibumi ini untuk merasai segala apa yang telah kita rasakan selama ini. Kadangkala kita lupa dan tidak menyedari akan hakikat ini. Dengan menyedari bahawa penciptaan Allah terhadap diri kita adalah satu anugerah, maka dengan itu, wajiblah kita berterimakasih kepada Allah diatas anugerah kehidupan yang diberikanNya ke atas diri kita.

Dengan keizinan dan kemahuanNya, maka kita dapat merasai suka, duka, sedih, gembira, lapar, dahaga, kenyang, membuat pilihan, merasai perasaan cinta, kecewa, dan pelbagai macam lagi nikmat-nikmat yang tak terkira dan tak terhitung oleh kita. Sepertimana yang diulang oleh Allah sebanyak 31 kali didalam Surah Ar-Rahman:

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

(Ar-Rahman: 13,16,18,21,23,25,28,30,32,34,36,38,40,42,45,47,49,51,53,55,57,59,61,63,65,67,69,71,73,75,77)

Maka salah satu daripada cara kita berterimakasih atau bersyukur kepada Allah ialah dengan cara menyayangi diri kita sendiri. Kita mesti menghargai setiap segi dari apa yang ada pada diri kita samada dari segi fizikal mahupun rohani. Kita harus berbangga dengan diri kita, bangga yang dimaksudkan disini bukan riak atau takjub dengan diri kita sendiri sehingga memandang rendah pada orang lain. Tetapi kita mesti berbangga dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah untuk diri kita dan dimasa yang sama kita mesti juga menghargai dan menyayangi makhluk ciptaan Allah yang lain.Gantikan perkataan mementingkan diri sediri (Selfish) kepada Menyayangi Diri Sendiri (Selfcare)

Tetapi, bagaimanakah kita ingin menyayangi seseorang, sekiranya kita sendiri tidak tahu untuk menyayangi diri kita? Oleh itu, mulai saat ini, mulakanlah satu hubungan cinta dengan diri anda. Berbanggalah dengan paras rupa anda, dengan rambut anda, dengan bentuk tubuh fizikal anda, terimalah diri anda seadanya. Berikan perhatian pada diri anda seperti mana anda memberikan perhatian kepada orang yang anda cintai atau kasihi.

Hargai setiap saat jangka hayat anda yang masih Allah panjangkan. Islam adalah ugama yang syumul, ianya adalah Cara Hidup. Kita diajarkan membaca doa ketika bangun tidur, bersyukur dan senyum. Ini menunjukkan bahawa Allah telah memerintahkan kita supaya mengambil tindakkan positif sejurus kita bangun untuk memulakan hari yang baru. Maka dengan membaca doa bangun tidur, bersyukur dan senyum, anda sedang menghantar gelombang positif yang akan menarik tenaga positif kepada anda diawal pagi lagi. Ramai yang tidak menyedari hakikat ini, malah ada yang menyumpah atau merungut apabila dikejutkan supaya bangun untuk bersolat Subuh tanpa menyedari bahawa mereka telah menarik tenaga negatif kepada mereka untuk memulakan hari itu. Dan apabila situasi dan persekitaran realiti kehidupan mereka pada hari itu mengalami kesukaran, umpamanya dengan tiba-tiba tayar kereta pancit, atau tertinggal dompet, datang lewat ke pejabat, dimarahi ketua jabatan, komputer diserang virus, kerja yang dilakukan semalam semua terpadam, dan sebagainya, mereka merungut lagi, menyumpah lagi dan terus-terusan menarik tenaga-tenaga negatif kedalam realiti hidup mereka.


Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram.

Sabda Rasullullah S.A.W: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka."
(Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Oleh itu, janganlah merungut dan menyumpah lagi diawal pagi, ubahlah tabiat-tabiat buruk kita yang akhirnya memakan diri kita sendiri. Jagalah makanan, pemakaian dan penampilan diri anda, kebersihan diri dan jiwa, sediakan tempat tidur yang bersih dan selesa sepertimana yang selalu anda sediakan kepada tetamu yang bermalam dirumah anda. Jangan anda biarkan diri anda tidur dengan selimut yang berbau hapak, cadar dan sarung bantal yang kopam kerana jarang dibasuh, kerana ini bererti anda tidak menghormati diri anda. Mengapa apabila kita ingin keluar berjumpa dengan seseorang yang kita sukai, contohnya seperti pergi dating dengan teman wanita, kita betul-betul menjaga penampilan diri kita? Tetapi, persoalannya disini, adakah penampilan yang anda lakukan itu adalah untuk membuat teman wanita anda selesa, ataupun kerana memang itulah diri anda. Mengapa bila bersendirian, kita tidak mengambil kira soal ini? Ini bermakna, kita tidak menghormati dan menghargai diri kita sendiri. Rasulullah S.A.W sendiri memakai wangian, tak kira ketika solat, ke mesjid atau berziarah, dan malaikat sukakan wangian. Pelajari sirah Rasulullah dan anda akan mendapati banyak perkara yang dilakukan oleh baginda dalam menjaga penampilan dan kebersihan diri. Baginda memakai minyak rambut, membungkus rambut dengan kain sebelum memakai serban supaya serban tidak terkena minyak, baginda tidak memakan bawang putih dalam waktu-waktu yang dekat untuk solat kerana tidak mahu mulut berbau ketika bersolat menyembah Allah. Banyak lagi akhlak dan adab yang ditunjukkan oleh baginda yang menjurus kepada menghargai diri dan kehidupan sebagai anugerah dari Allah.

Manjakanlah diri anda dengan cara yang anda mampu dan tidak melampaui batas, gosoklah gigi setiap hari - berbicara soal bersugi ini,

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Andaikata tidak akan menjadikan keberatan bagi ummatku atau atas sekalian manusia, nescayalah mereka itu akan saya perintah untuk bersiwak pada tiap-tiap kali sebelum solat."
(Muttafaq'alaih)

Hadis ini menunjukkan betapa pentingnya amalan bersugi/memberus gigi dalam Islam. Tetapi ramai antara kita termasuk saya sendiri, mengambil remeh tentang soal ini. Semoga Allah mengampunkan kita semua. Diriwayatkan juga, pada zaman pemerintahan khalifah Umar Al-Khattab, suatu ketika, baginda sedang memimpin pasukan tentera islam berperang dengan musuh islam. Tetapi setelah beberapa hari bertempur, pihak musuh masih ampuh, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Maka Khalifah Umar memeriksa barisan tentera Islam untuk melakukan muhasabah. Baginda mendapati pasukan tentera Islam tetap melakukan aktiviti ketenteraan mengikut adab Islam yang betul, iaitu umpama singa disiang hari, tetapi umpama abid dimalam hari. Tentera islam tidak meninggalkan solat, tetap melakukan amal dan qiam diwaktu malam dan sebagainya. Setelah pemeriksaan dan post mortem dijalankan satu persatu, maka didapati, ramai tentera Islam yang meringankan salah satu sunnah, iaitu bersugi. Maka tanpa berlengah lagi, Khalifah Umar memerintahkan seluruh pasukan tenteranya bersugi beramai-ramai. Dengan izin Allah, setelah itu, pasukan tentera Islam mencapai kemenangan dalam peperangan tersebut.

Syampukanlah rambut selalu, jaga kesihatan diri anda, bersih kuku anda (lakukan pada hari-hari yang disunatkan memotong kuku, umpamanya pagi isnin, khamis dan jumaat - percayalah, ada hikmah dan penjelasan saintifik dari segi kesihatan disebalik waktu-waktu yang disunatkan ini). Usahakan supaya diri anda tinggal dalam rumah atau bilik yang bersih, tersusun rapi dan selesa. Walaupun anda seorang yang miskin, ini tidak bermakna anda perlu hidup dalam rumah yang berselerak, kotor dan berserabut. Bukankah menjaga kebersihan diri itu satu tuntutan dalam Islam, tak terkecuali sesiapa pun.

Bersihkan minda dan hati anda dengan perkara-perkara yang positif dan menambah keyakinan diri anda. Dapatkan info-info dan bahan-bahan pembacaan yang berkaitan. Ingat! Akal fikiran juga adalah bahagian dari diri anda yang paling terpenting sekali! Jangan biarkan diri anda selalu didalam keadaan bersedih, hiba dan berduka walaupun ketika anda sedang dilanda masalah kehidupan seperti kekecewaan dalam percintaan, karier , pelajaran dan musibah yang lain. Tentang musibah ini telah kita bicarakan dengan lebih lanjut didalam bab Memahami Musibah.

Apabila kita telah mula menjalinkan hubungan cinta dengan diri kita sendiri, satu situasi positif yang selama ini jarang kita rasakan, akan dapat kita rasai. Anda akan mendapati hidup anda lebih tenang, bersemangat, berkeyakinan dan kadangkala kita sendiri tidak tahu dari manakah datangnya semangat baru ini. Ini adalah kerana anda telah menarik banyak tenaga positif berbentuk kasih sayang kepada diri anda. Anda akan dapat merasainya sendiri. Suasana persekitaran anda akan menjadi lebih damai dan positif. Urusan-urusan seharian anda akan menjadi lebih teratur dan terasa mudah. Anda juga akan merasakan satu suntikan semangat untuk beribadah yang kuat dan tanpa anda sedari, anda akan merasakan dekatnya anda dengan Pencipta anda.

Seperkara yang paling menarik apabila fikiran dan minda anda menjadi semakin positif ialah, hati anda secara ikhlas akan merasa jelek untuk melakukan perbuatan yang berdosa dan seakan ada kekuatan yang jitu pada diri anda yang dapat mengelakkan anda dari berbuat perkara-perkara yang keji dan memudaratkan diri anda sendiri.

Segala perkara baik yang anda rasakan ini, sebenarnya adalah satu lagi nikmat Allah keatas hambaNya yang bersyukur. Dalam konteks ini, kita telah menjadi orang yang bersyukur kerana telah menyedari kepentingan menyayangi dan menghormati diri kita sebagai salah satu nikmat dari Allah.

Firman Allah: Sesungguhnya, kami telah kurniakan hikmat (ilmu pengetahuan) kepada Luqman supaya dia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang bersyukur, sebenarnya dia telah bersyukur bagi faedah dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Terpuji (Luqman:12)

Mulai saat ini, mulakan hari baru dengan rasa cinta yang mendalam terhadap diri anda sendiri, lakukan secara perlahan-lahan kerana cinta itu datang dengan ikhlas, cinta itu tidak boleh dipaksa, biarlah cinta itu hadir dengan ikhlas. Pepatah mengatakan : 'Tak kenal maka tak cinta". Oleh itu sebagai permulaan, kenalilah diri anda, apakah sebenarnya citarasa anda yang betul, maka penuhilah citarasa anda itu. Walau siapa pun manusia itu, pasti akan ada kebaikan dalam dirinya yang selama ini tidak disedari olehnya. Sentiasa terapkan dalam diri anda bahawa anda adalah satu anugerah penciptaan Allah yang sangat beruntung kerana manusia itu adalah penciptaan yang diciptakanNya dengan sebaik-baik kejadian.

Berusahalah untuk menukar segala apa tabiat buruk yang ada pada diri anda sedikit demi sedikit. Ingatlah, Allah sentiasa akan membantu hambaNya yang ingin berubah.


Firman Allah: Allah tidak akan merubah nasib seseorang atau sesuatu kaum, sebelum orang itu atau kaum itu berusaha (menunjukkan komitmen) untuk mengubah apa yang ada pada diri mereka. (Ar-Raad': 11)

Firman Allah ini jelas dan terang sekali menyeru kita bahawa sekiranya kita inginkan nasib kita berubah, situasi kewangan kita berubah, kesihatan kita berubah, keluarga kita berubah, pasangan kita berubah, masyarakat kita berubah, negara kita berubah, ( segalanya menjurus kepada perubahan dari keadaan buruk kepada keadaan yang baik) maka kita perlu melakukan PERUBAHAN itu sendiri bermula dengan diri kita, dan perubahan yang pertama-tama sekali yang perlu anda lakukan ialah: perubahan pada cara anda berfikir. Berfikirlah dengan kaedah husnuzzon (Bersangkabaik/Berfikiran Positif)

Artikel asal susunan: taalidi

di sesuaikan dari pautan asal: http://husnuzzonloa.blogspot.com/2010/04/bertawakkal.html
Back to top Go down
Sponsored content





Cadangan Artikel Untuk Dipaparkan di Blog Masjid Al-Ehsaniah Empty
PostSubject: Re: Cadangan Artikel Untuk Dipaparkan di Blog Masjid Al-Ehsaniah   Cadangan Artikel Untuk Dipaparkan di Blog Masjid Al-Ehsaniah Icon_minitime

Back to top Go down
 
Cadangan Artikel Untuk Dipaparkan di Blog Masjid Al-Ehsaniah
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Peluang Ahli Forum Paparkan Artikel di Blog
» Komen/ Cadangan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Dari Pihak Pengurusan - Sila Baca!! :: Komen / Cadangan / Aduan-
Jump to: