Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


 
HomeHome  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Di sudut manakah watak dominan kita?

Go down 
2 posters
AuthorMessage
arjunasetia




Posts : 8
Join date : 19/11/2010

Di sudut manakah watak dominan kita? Empty
PostSubject: Di sudut manakah watak dominan kita?   Di sudut manakah watak dominan kita? Icon_minitimeFri Nov 19, 2010 8:52 pm

Setiap dari kita, mempunyai tanggapan tersendiri dalam kehidupan ini, cara kita membuat tanggapan atau persepsi ini bergantung pada segala maklumat-maklumat yang kita perolehi atau diajarkan kepada kita, pengalaman-pengalaman yang kita sendiri lalui, didalam waktu proses kita membesar dan mengenal dunia ini. Maksudnya dari usia kita 3 tahun hinggalah ke peringkat baligh dan remaja. Semua maklumat-maklumat , input-input yang masuk kedalam minda kita, dan juga pengalaman-pengalaman yang kita lalui ini, bertanggungjawab membentuk Tanggapan atau Persepsi atau Sangkaan kita pada kehidupan, yang kita benar-benar percaya bahawa itulah kehidupan dan akhirnya menjadi satu pemikiran yang dominan pada kita, samada bercirikan negatif, atau pun positif.

Sebagai contoh,
a. Jika ibubapa kita selalu memberitahu kita bahawa dunia ini kejam, tidak adil, kekayaan itu adalah mustahil, yang terbaik untuk kita hanyalah belajar dengan tekun, masuk universiti dan kemudian kerja dengan kerajaan makan gaji dan ada pencen.

b. Untuk berniaga itu amat susah, bukan keturunan kita orang berniaga, perlu cari modal, silap-silap kita ditipu, dunia ini penuh dengan penipu, kita boleh bangkrap dan menanggung hutang.

c. Kita selalu dipukul dan dimarahi hanya kerana perkara-perkara yang tak disengajakan, seperti terpecahkan pinggan yang mahal, atau pasu bunga. Maka anda akan berhati-hati dan akan merahsiakan apa jua hal atau kesalahan yang anda lakukan kerana anda takut dipukul atau dimarahi, sehingga terbawa-bawa ke alam dewasa yang mana, rakan anda lebih mengetahui rahsia anda daripada ibubapa anda.

ATAU PUN

a. Ibu bapa kita mengajarkan kepada kita bahawa Allah menciptakan dunia ini serbacukup, rezeki Allah adalah melimpah ruah, kerja makan gaji bukan lah satu pilihan yang terbaik, tujuan pendidikan di universiti bukan lah untuk semata-mata mngejar jawatan dalam kerajaan, tetapi lebih kepada pencapaian akademik dan kepuasan belajar, dan membentuk menjadi manusia cemerlang.

b. Kita sentiasa ditanamkan semangat untuk berusaha memiliki perniagaan sendiri, kerana mengikut Hadis Nabi S.A.W:

"Bahawa sembilan daripada sepuluh punca rezeki itu datangnya dari perniagaan serta jual beli." (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Sabda Rasulullah, “Pendapatan yang paling baik adalah hasil usaha sendiri dan perniagaan yang bersih.” (Riwayat al-Bazzar)

c. Ibubapa kita tidak pernah memarahi kita jika melakukan perkara-perkara yang tidak disengajakan, melainkan memberikan nasihat dan ingatan supaya berhati-hati. Sesungguhnya perkara yang tak sengaja ini , Allah sendiri pun tidak marah, contohnya jika anda tak sengaja tertinggal tahiyat awal dalam solat, solat anda tetap sah dan anda hanya perlu melakukan sujud sahwi. Maka dengan ini, sekiranya anda melaku kan apa-apa kesilapan dimasa depan, ibubapalah yang menjadi tempat anda mengadu dahulu kerana anda tahu, ibubapa anda adalah teman yang terbaik sekali.

Adalah perlu untuk kita mengetahui bahawa Persepsi jenis apakah yang lebih mendominasi diri kita, kerana setelah kita memahami Hukum Tarikan, sekiranya pemikiran dominan kita adalah negatif, penuh dendam, benci dan perasangka, inilah perkara yang akan menyukarkan kita untuk benar-benar dapat mengaplikasikan Konsep Husnuzzon dan Hukum Tarikan dalam diri kita.

Ini adalah kerana, tanpa kita sedari, Minda Separa Sedar kita, sedikit demi sedikit telah belajar dan dipengaruhi oleh apa jua jenis maklumat, info dan pengalaman yang kita lalui dari kecil hingga ke usia remaja, dan membentuk dominan yang kuat dalam diri kita.

Mari kita uji dominan dalam diri kita :

Juba jawab soalan dibawah dengan spontan dan ikhlas, jangan berfikir rasional, kerana anda perlu tahu tanggapan pertama anda.

Cuba lihat gelas dibawah ini. Apakah tanggapan kita terhadap air didalam gelas itu?

Di sudut manakah watak dominan kita? Glasshalffull



a. Separuh Penuh

b. Separuh Kosong

Hakikat yang sebenarnya, kuantiti air didalam gelas itu adalah sama, cuma persepsi kita yang membuatkan ianya berbeza. Dari cara kita membuat tanggapan pada kuantiti air itu, kita boleh menilai sendiri dimanakah dominan diri kita.

Jika jawapan anda A, maka anda lebih cenderung kepada dominan seorang yang OPTIMIS

Jika jawapan anda B, maka anda lebih cenderung kepada dominan seorang yang PESIMIS

Optimis adalah melambangkan seseorang yang berfikiran positif, lebih melihat dari sisi yang baik terhadap kebanyakkan situasi dan senario dan selalu bersyukur, dan sentiasa rasa cukup dalam kehidupan. Baginya, kehidupan ini adalah adil, jika berusaha pasti membuahkan hasil. Jiwanya tenang dan sentiasa bersangka baik dalam kehidupan.

Pesimis pula melambangkan seseorang yang berfikiran negatif, selalu melihat sesuatu yang buruk terhadap kebanyakkan situasi atau senario, kurang atau jarang bersyukur, lebih banyak merungut, sentiasa berasa tidak cukup, menyimpan dendam dan tidak percaya kepada orang lain.

Cuba kita selidiki, apakah segala maklumat,info dan input yang ditanamkan pada kita sewaktu proses tumbesaran kita itu adalah benar atau tidak, dan adakah pengalaman-pengalaman yang kita lalui dahulu itu wajar kita jadikan ikutan atau perlu kita lupakan sahaja kerana ianya tidak wajar. Berusahalah menukar dominan kita ke arah mejadi seorang yang Optimis sekiranya kita ingin berjaya dan bahagia didalam kehidupan kita ini.

Wallahuaklam[img][/img]
Back to top Go down
Admin
Admin
Admin


Posts : 11
Join date : 17/11/2010
Location : Rawang

Di sudut manakah watak dominan kita? Empty
PostSubject: Re: Di sudut manakah watak dominan kita?   Di sudut manakah watak dominan kita? Icon_minitimeSat Nov 20, 2010 3:49 pm

Assalamualaikum.

Terima kasih tuan arjunasetia di atas post anda. Teruskan usaha dakwah anda mudah-mudahan memberi manfaat pada diri dan orang lain insyaAllah.
Back to top Go down
http://al-ehsaniah.blogspot.com
arjunasetia




Posts : 8
Join date : 19/11/2010

Di sudut manakah watak dominan kita? Empty
PostSubject: Re: Di sudut manakah watak dominan kita?   Di sudut manakah watak dominan kita? Icon_minitimeSun Nov 21, 2010 2:38 pm

Admin wrote:
Assalamualaikum.

Terima kasih tuan arjunasetia di atas post anda. Teruskan usaha dakwah anda mudah-mudahan memberi manfaat pada diri dan orang lain insyaAllah.

Terimakasih, insyaAllah, mudah-mudahan, segala yang baik adalah dari Allah jua
Back to top Go down
Sponsored content





Di sudut manakah watak dominan kita? Empty
PostSubject: Re: Di sudut manakah watak dominan kita?   Di sudut manakah watak dominan kita? Icon_minitime

Back to top Go down
 
Di sudut manakah watak dominan kita?
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Sudut Agama :: Tasawuf-
Jump to: